MY LIFE-ATHIFAH

Sunday, August 18, 2013

Ajar Hatimu Untuk Redha

Bismillahirrahmaanirrahiim.

                           

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.
Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.
Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?

Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAH. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAH

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.

Islam ini sangat cantik!

Ujian ALLAH Datangkan Hendak Membersihkan Manusia

Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.
Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu?

Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.
Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat.

 *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

No comments:

Post a Comment